Thursday, 20 March 2014

Nurhafifi Azati Binti Aziz

Assalamualaikum ..


Nama di beri Nurhafifi Azati Binti Aziz boleh panggil PIPIE, berumur 24tahun dan mempunyai ketinggian 145CM dengan berat anak dara 38KG, berat bile dah jadi emak pon 38KG jugak. Dah 7 tahun dengan dunia blog. Memang minat blog ni sangat membuak-buak. Merupakan anak kedua dari 4 adik beradik, yang sulung Abang, yang kedua SAYA dan kedua-duanya adik perempuan saya.


Telah sah menjadi isteri kepada insan tercinta iaitu Muhammad Hammiruul Bin Osman dengan sekali lafaz pada 20.10.2013 di Masjid Al-Azim Permas Jaya. Bersaksikan Family-family terdekat. mase kahwin ni ummur kite 22 tahun, hasben pulak 21 tahun . Kite tua setahun dengan hasben.


Dan hampir setahun selepas itu kite sudah menjadi bonda kepada anakanda tercinta yang bernama Muhammad Firhad Irsyad (1tahun) pada 10.08.2014. Alhamdulillah dah ade keluarga sendiri. Memang berdoa anak sulung nak lelaki, In Shaa Allah boleh jaga adik-adiknya nanti.


Alhamdulillah dah masuk dua anak , yang kedua pon lelaki . Di lahirkan pada 14.06.2016 , semoga dua beradik ni menjadi adik beradik yang baik dan soleh .. sejuk perut Ummi lahirkan kamu .. (update 01.12.2016)

Kite merupakan Student Diploma Accounting, dunia kite memang minat dengan Account, And sekarang kite dah pon capai cita-cita nak jadi pekerja Accounting. So sekarang kite kerja di Hotel Puteri Pacific, JB. kite kerja sebagai Payroll/Paymaster. Sekarang cita-cita terbaru nak buat shawl sendiri. In Shaa Allah di permudahkam urusan kite nanti.

Blog ini di terbitakan untuk bercerita tentang diri, suami, anak dan kehidupan saye lalui. memang dari dulu mempunyai cita-cita nak berblog, penah ade blog dengan Followers yang agak banyak dan akhirnye blog tu terpadam dengan sendirinye mase tu tengah mood-mood nak wedding. So tubuhkan blog baru ini untuk teruskan minat kepada dunia berbloging.

No comments :

Post a Comment

Winnie The Pooh Glitter